Nasib pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac lalu kekal menjadi misteri pada hari ketujuh selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan
Setiap kali petunjuk yang didakwa berkaitan dengan kehilangan MH370 dilaporkan, ia dinafikan oleh pihak yang terbabit dan perkara ini sekali gus kekal menjadi misteri dimana kedudukan sebenar pesawat MH370
Pada masa yang sama orang ramai terus obses dengan spekulasi dan teori spekulasi yang disebarkan di laman media sosial berkaitan kehilangan MH370
Berikut adalah laporan yang berkaitan MH370 hilang yang dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa sepanjang hari ketujuh (Jumaat)
MH370 Dikatakan Terhempas Di Lautan Hindi
Selepas Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media pada Khamis menafikan laporan awal akhbar The Wall Street Journal yang mengatakan ada bukti pesawat itu telah terbang selama beberapa jam selepas ia kali terakhir dikesan
Pegawai Amerika Syarikat pula mendedahkan ada “petunjuk” pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News
Pegawai kanan Pentagon itu memberitahu ABC News, pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu
Jelas pegawai itu, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut
Satelit Kesan Isyarat Daripada Pesawat MH370
Satelit mengesan isyarat daripada pesawat Malaysia Airlines selepas hilang Sabtu lalu, namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut semalam
Bunyi “ping” itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat membawa 239 orang tersebut sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara
Sumber itu berkata, sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat – Reuters
Keluarga (China) penumpang MH370 ancam saman kerajaan Malaysia
Sebilangan saudara-mara penumpang MH370 mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan, lapor agensi berita Reuters
Mengejutkan apabila mereka turut mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui
Selain itu, seorang keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu bahawa, dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia
No comments:
Post a Comment