Friday, 14 March 2014

Laporan Terkini MH370 -13/3/2014

Terkini: Misi Pencarian SAR MH370 (13/4/2014)
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas sudah memasuki hari keenam pada Khamis
Berdasarkan laporan yang disiarkan melalui media tempatan dan antarabangsa, terdapat beberapa petunjuk baharu yang berkemungkinan dapat dikaitkan dengan kehilangan MH370
mencari mh370 terkini13 mac 2014: berita terkini mh370 pesawat mas hilang
Berikut adalah kemaskini yang berkaitan:-
Penyiasat AS Syak Pesawat MH370 Terbang berjam-jam di Udara
radar mh37013 mac 2014: berita terkini mh370 pesawat mas hilang
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 meneruskan penerbangan selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, lapor The Wall Street Journal
Syak wasangka itu adalah berdasarkan data daripada enjin pesawat berkenaan yang dimuat turun secara automatik dan dipancarkan ke permukaan darat sebagai sebahagian daripada rutin program penyelenggaraan – AP
Pasukan SAR  Tidak Menemui Petanda Di Kawasan Yang Dikesan Satelit China
Awal pagi Khamis, CNN telah melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370
satelit imej mh37013 mac 2014: berita terkini mh370 pesawat mas hilang
Objek Yang Dikesan Satelit
Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China
Bagaimana pun dalam laporan terbaharu memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan tiada sebarang petanda ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikawasan objek terapung yang dikesan satelit China, lapor APTN
Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat Pesawat Terbakar
surat email mh37013 mac 2014: berita terkini mh370 pesawat mas hilang
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael McKay mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam
Dia yang bekerja dengan syarikat pelantar minyak ‘Songa Mercur’ di sekitar Vung Tau percaya bahawa objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang, menurut laporan dari laman web ‘Business Insider’
Laporan dakwaan berkenaan didedahkan seorang wartawan Australia selepas mendapat surat (email) yang dikirim Michael
Sementara itu, Pegawai Vietnam mengesahkan kepada wartawan ABC News bahawa mereka telah menerima surat tersebut, tetapi tiada serpihan yang dijumpai di lokasi yang dinyatakan Michael
Pegawai-pegawai di Vietnam sedang menyiasat sama ada surat yang dihantar Michael mungkin merupakan satu penipuan, dipetik daripada ‘washingtontimes.com’

No comments:

Post a Comment