Monday, 19 May 2014

MH370: 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down',



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.


Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

Friday, 11 April 2014

GEMPAR MH370: Isyarat Yang Dikesan Pesawat Orion BUKAN DARI KOTAK HITAM???


PERTH – Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
“Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.
“Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat “ping’, dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan ‘pinger’ ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
“Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan ‘pinger’ ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat,” kata Houston.
Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.
“AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.
“Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi,” katanya.
Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Sumber Dari: http://mynewshub.my/ 

Friday, 28 March 2014

MH370: CNN Cuba Sebar Berita Memburukkan Malaysia??


Seperti yang kita tahu, media antarabangsa terus-terusan menghentam kerajaan Malaysia dalam mengendalikan misi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysian Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Antara yang dilihat sering mengutuk serta menghentam ialah rangkaian berita antarabangsa CNN, yang gemar memainkan isu yang dilihat seperti memburuk-burukkan Malaysia.

Seakan mewakili suara rakyat Malaysia, mesej yang ditinggalkan oleh Lina Hassan kepada laman Facebook CNN, mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia di media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Antaranya Lina mempersoalkan CNN yang tersilap menaip nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Najib Rahman selain kesilapan meletakkan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di Indonesia.





Ternyata sebagai sebuah organisasi media yang ‘establish’, kesilapan kecil sebegini seharusnya tidak dilakukan oleh mereka.

Yelah, tahu mengkritik kerajaan Malaysia, tapi kesilapan kecil sebegini pun tidak dapat dielakkan.

Tak gitu?

Sumber Dari: http://www.siakapkeli.com

Wednesday, 26 March 2014

TERKINI MH370: 122 OBJEK DIKESAN AGENSI PERTAHANAN DAN ANGKASA AIRBUS (PERANCIS)

MH370: 122 objek baru dikesan oleh MRSA - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

"MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

"Ada objek yang berukuran satu meter panjang... yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal," kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

sat1
Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA

Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, kelmarin (Selasa).

Jelas Hishammuddin, pihaknya masih tidak dapat memaklumkan sama ada objek-objek itu ada kaitan dengan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac itu.

sat2
Kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Walau bagaimanapun, katanya ini adalah penunjuk baru yang boleh membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan melibatkan 26 buah negara.

"Kami kini telah mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, iaitu dari Australia, China dan Perancis, yang menunjukkan serpihan pesawat.

"Ia penting bagi kami untuk mengaitkan serpihan dengan MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan carian, dan mencari lebih serpihan pesawat," kata Hishammuddin.

Sementara itu, dalam perkembangan operasi, Australia sedang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi di mana Malaysia masih terus memainkan peranan sebagai penyelaras operasi.

Kata Hishammuddin, semua negara sedang mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam usaha ini.

Menurutnya, Australia telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat, di mana enam pesawat akan dikerahkan ke sektor Timur dan enam pesawat akan ke sektor Barat.

Di sektor Timur, operasi pencarian akan melibatkan sebuah P3 Orion milik Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah lagi P3 Orion milik New Zealand.

Di sektor Barat pula, pesawat-pesawat yang terlibat ialah sebuah P8 Poseidon milik Amerika Syarikat, empat buah P3 Orion yang masing-masing milik Korea, Jepun dan Australia, dan sebuah pesawat awam.

Wednesday, 19 March 2014

MH370(20/3/14): Log Data Pada Simulator Dipadam Sebelum Ke Beijing-Ketua Polis Negara



SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan log data permainan pada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan sebelum penerbangan ke Beijing.

Khalid berkata beberapa pakar forensik dari Cyber Security, Malaysia Airlines (MAS) dan juga pakar dari luar negara sedang berusaha untuk mendapatkan semula log data yang telah padam itu.

"Apa yang dimaksudkan dengan telah dipadam ini adalah data log daripada permainanflight. Data ini telah dipadam pada 3 Februari lalu.

"Simulator ini yang kita ambil itu ada 3 permainan iaitu, Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan Flight Simulator X Light 10.

"Yang penting sekarang ini ahli keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang memberi kita kerjasama sepenuhnya. Kami tidak ada masalah untuk dapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini usaha mengesan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, di sini, pada Rabu.

Tambah Khalid, siasatan berkaitan simulator itu masih terus dijalankan oleh pakar forensik untuk mencari petunjuk kehilangan pesawat milik MAS itu.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Pada Selasa, akhbar Berita Harian melaporkan landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Selain lapangan terbang Diego Garcia, hasil siasatan yang diperolehi dari simulator itu juga menunjukkan adanya Lapatan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 19:25 (MYT)

Terkini MH370 (20/3/14): PENGANALISIS JENAYAH PERCAYA PESAWAT MENDARAT, BUKAN TERHEMPAS??



KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapal tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 08:04 (MYT)

MH370 SAVE: LAPORAN CTBTO BERI HARAPAN BARU KEPADA SEMUA??


KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 13:52 (MYT)

Terkini MH370 (19/3/14-3:15pm): Pakar IT India Dakwa Menemui Imej MH370 Melalui Satelit.


NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama  239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.

26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan  data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.

Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. --- Bernama

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 13:10 (MYT)

Tuesday, 18 March 2014

TERKINI MH370: PENDUDUK DI KEPULAUAN MALDIVES DAKWA LIHAT MH370 TERBANG RENDAH 8 MAC LALU??



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Maldives mula menyiasat dakwaan penduduk di sebuah pulau terpencil di republik itu yang dilaporkan melihat sebuah "pesawat terbang rendah" pada pagi hari yang sama pesawat milik Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Laman web berita Haveeru Online pada Selasa bagaimanapun melaporkan polis republik itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Laman web tersebut sebelum itu memetik saksi yang memberitahu mereka nampak sebuah pesawat berwarna putih dengan jalur merah -- warna badan pesawat Malaysia Airlines -- terbang menuju ke arah selatan Maldives.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.15 pagi pada 8 Mac lalu.

Maldives
Penduduk di pulau Kudahuvadhoo itu juga mendakwa mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.

"Saya tidak pernah lihat pesawat terbang begitu rendah di pulau ini. Kami pernah nampak kapal terbang tetapi yang ini bukan seperti yang selalu kami lihat," kata saksi itu, yang turut mendakwa ada saksi lain yang ikut melihat kejadian yang sama.

Kapal terbang kecil adalah antara  pengangkutan utama di Maldives.

Wartawan Haveeru, Ahmad Naif yang menulis laporan itu mendedahkan pihaknya mendapat maklumat berkenaan sejak 9 Mac lagi tetapi sangsi dengan kesahihan dakwaan tersebut.

"Kami kemudian mendapat banyak maklumat yang serupa dan barulah kami menghubungi penduduk berkenaan," katanya seperti dipetik oleh laman web berita Minivan News.

Seorang pakar penerbangan tempatan turut memberitahu Haveeru Online ada kemungkinan pesawat yang terbang rendah itu adalah MH370 kerana pada masa tersebut tidak ada pesawat yang dijadual terbang melintasi pulau berkenaan.

Laman web Minivan News pula melaporkan penerbangan dari sebuah lapangan terbang terdekat hanya dijadualkan pada pukul 7.20 pagi dan itupun menuju ke Male yang terletak ke arah timur laut.

Laman web yang sama bagaimanapun menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan saksi. Memetik jurucakap tentera, Minivan News melaporkan mustahil pesawat sebesar Boeing 777-200 boleh mendarat di landasan terpencil di pulau karang di sekitar Maldives.

"Jika saudara bertanya apakah ada landasan di luar lapangan terbang komersial, jawapannya tidak ada," kata Mejar Hussain Ali.

Jurucakap Maldives Airport Company Limited (MACL) juga meragui dakwaan penduduk di Kudahuvadhoo kerana "tidak ada maklumat sahih tentang pesawat berkenaan daripada radar atau penglihatan."

"Ada terlalu banyak teori konspirasi. Kami tidak ada maklumat pesawat itu datang ke sini," kata jurucakap MACL, Hassan Areef kepada Minivan News.

Laman web itu juga memetik beberapa orang penduduk yang enggan atau tidak dapat merumuskan dengan yakin bahawa pesawat yang mereka lihat pada pagi 8 Mac lalu adalah jenis Boeing 777-200.

Usaha mengesan pesawat MAS itu yang masuk hari ke-12 kini digerakkan di kawasan yang meliputi keluasan 2.24 juta batu nautika. Ia menganjur di dua jalur -- di sebelah utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan di sebelah selatan dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Dua jalur itu diunjurkan daripada data satelit yang mengesan lokasi akhir pesawat MH370 pada pukul 8.11 pagi pada 8 Mac lepas.

Maldives terletak di Lautan Hindi, kira-kira 400 kilometer di barat daya India. Namun republik itu tidak tersenarai di kalangan 26 negara yang diminta bantuan oleh Malaysia dalam operasi mencari pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun laporan Berita Harian pada Selasa meletakkan Maldives dalam radar. Laporan itu memetik sumber polis mengatakan siasatan ke atas simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah menemui rekod lima lapangan terbang di Lautan Hindi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir di Male adalah satu daripadanya selain tiga lapangan terbang di India dan Sri Lanka serta pangkalan udara milik Amerika Syarikat di Diego Garcia.

Kapten Zaharie memandu pesawat penerbangan MH370 yang gagal mendarat di Beijing mengikut jadual pada pukul 6 pagi 8 Mac yang lalu setelah berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi hari yang sama.

Siasatan setakat ini mendapati pesawat itu telah dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal. Sistem komunikasi pesawat itu juga didapati dimatikan dengan sengaja. Pendedahan itu menimbulkan spekulasi pesawat berkenaan mungkin dirampas namun siasatan masih meneroka pelbagai kemungkinan lain.



Sumber Dari: www.astroawani.com

TERKINI MH370 (19/3/14): BEKAS KETUA PILOT MAS BONGKAR MISTERI KEHILANGAN MH370??



Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata?
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
kapten nik ahmad huzlanBerita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan,radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka.Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesansebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian

Sumber Dari: www.astroawani.com

MH370: AHLI KELUARGA DI CHINA MOGOK LAPAR, DESAK KERAJAAN MALAYSIA BERI MAKLUMAT TERKINI??


BEIJING 18 Mac - Ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengugut akan mengadakan mogok lapar sebagai langkah mendesak Kedutaan Malaysia memberi maklumat terkini tentang kehilangan pesawat itu awal bulan ini.

"Kini kami tidak diberi sebarang berita dan semua orang berasa bimbang.
"Duta Malaysia sepatutnya datang dan berjumpa kami di taklimat tetap bersama pegawai MAS dan ahli keluarga, namun mereka tidak kelihatan," kata bapa seorang penumpang pesawat, Wen Wancheng.

Ahli keluarga terbabit berkata, mereka akan pergi ke Kedutaan Malaysia di Beijing untuk berjumpa Duta Besar, Datuk Iskandar Sarudin di sana.

Tambah Wancheng, ahli keluarga penumpang tidak berpuas hati dan mereka mengugut untuk mengadakan mogok lapar sekiranya keadaan itu berterusan.

"Beberapa saudara terdekat telah pun berhenti daripada menghadiri taklimat ini kerana mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Dua pertiga daripada penumpang MH370 merupakan warganegara China.
Seorang wanita yang enggan dikenali mengesahkan tentang rancangan tersebut dan berkata, pihak Kedutaan Malaysia tidak memberitahu keadaan sebenar penumpang pesawat itu.

"Mereka tidak memberitahu perkara yang benar tentang keadaan penumpang, sebab itu kami semua membantah perkara ini.

"Kesemua ahli keluarga kini sedang mengalami tekanan perasaan," kata wanita itu. - AFP


Sumber Dari: www.utusan.com.my



TERKINI MH370: KERAJAAN THAILAND SAHKAN RADAR MEREKA KESAN MH370


BANGKOK 18 Mac - Tentera Thailand semalam menyatakan bahawa radar tentera mengesan sebuah pesawat yang mungkin dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat tersebut dipadamkan, dan pihaknya tidak berkongsi maklumat tersebut dengan Malaysia lebih awal kerana tidak diminta untuk berbuat demikian.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, laluan pesawat itu didapati melencong ke Selat Melaka, seperti mana dikesan radar Malaysia pada awal pagi 8 Mac lalu.

Jelas beliau, radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan sepatutnya dilalui MH370.

Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa yang lama untuk mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, pihaknya tidak memberi perhatian kepada maklumat tersebut.
"Pasukan Tentera Udara Diraja Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada negara ini.

"Oleh itu, jika pergerakan itu tidak kelihatan sebagai ancaman kepada kami, maka kami akan perhatikan sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan," katanya.

Jelas beliau, pesawat dipercayai MH370 itu tidak memasuki ruang udara negaranya selain menyatakan permintaan Malaysia berhubung perkongsian data sebelum ini tidak spesifik.
"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan ada andaian serta maklumat baharu daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami melihat semula maklumat yang ada.
"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.

Beberapa pegawai tentera Thailand berkata, pergerakan pesawat dipercayai MH370 itu dikesan menerusi kelengkapan radarnya di selatan Thailand.

Namun, pegawai di Malaysia menyatakan pesawat itu mungkin melalui kawasan utara Thailand.

Bagaimanapun, Panglima Tentera Udara Thailand, Marsyal Prajin Juntong memberitahu wartawan semalam bahawa radar di utara Thailand tidak mengesan pesawat berkenaan. - AP



Sumber Dari : www.utusan.com.my

Terkini MH370: Tun Dr. Mahathir Dapat Merasakan Ada Yang Tak Kena Dengan Kehilangan MH370??


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairannya berhubung kegagalan menjejak pesawat MH370 walaupun dibantu pelbagai usaha dan teknologi kuasa-kuasa besar.

Menurutnya, dengan teknologi secanggih negara-negara yang jauh lebih membangun dari Malaysia, mereka sebenarnya mampu mengesan pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada, namun lokasi pesawat MH370 masih tidak dapat dikesan dan kekal misteri.

"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) dan berasa hairan kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang sebesar 63 meter itu.

“Sedangkan dengan teknologi yang sama, kita boleh mengesan manusia walaupun seseorang itu berdiri di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari akhbar Berita Harian.

Tambah beliau lagi, jika sesebuah pesawat terhempas di lautan atau di darat, sudah pasti satelit atau teknologi canggih milik kuasa-kuasa besar dunia mampu mengesan serpihan pesawat terbabit.

“Hari ini masuk hari ke-11 bagi misi pencarian pesawat MH370, saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku dan saya faham perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sehingga ke hari ini kita tidak tahu nasib yang menimpa penumpang serta kru pesawat itu,” katanya lagi.

Pesawat MH370 itu diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Beijing pada jam 6.40 pagi pada hari yang sama, namun pesawat terbabit hilang dan gagal dikesan sehingga kini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah iaitu selama 240 jam.

Monday, 17 March 2014

MH370:PICTURE OF TODAY


Terkini MH370: SIMULATOR MILIK KAPTEN ZAHARIE ADA PERISIAN LANDASAN LAPANGAN TERBANG DIEGO GARCIA??



KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

Terkini MH370: Lokasi Terakhir Di Zon 1,609KM Dari Barat Perth, Australia??



NEW YORK 16 Mac - Pasukan penyiasat Amerika Syarukat (AS) berkata, lokasi terakhir pesawat MH370 dikesan kemungkinan ketika ia berada di sebuah zon kira-kira 1,609 kilometer dari barat Perth, Australia.

Laman web berita Bloomberg melaporkan petunjuk terbaharu itu dimaklumkan oleh sumber kerajaan AS berdasarkan keputusan analisis ke atas data transmisi satelit oleh pasukan penyiasat tersebut. - AGENSI

Sumber Dari : 
http://www.utusan.com.my

Sunday, 16 March 2014

Terkini MH370: Siasatan Oleh PDRM Menjurus Ke Arah Rampasan & Perbuatan Penganas??


SEPANG 16 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes siasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang lebih seminggu lalu menjurus ke arah rampasan kapal terbang dan perbuatan pengganas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu pihak polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Fokus siasatan yang melibatkan empat elemen iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi dalam kalangan anak kapal serta penumpang tidak berubah walaupun kita telah membuat klasifikasi tersebut.

“Siasatan telah dilakukan ke atas kesemua orang yang mempunyai kaitan dengan pesawat tersebut daripada juruterbang, krew, jurutera hingga kepada orang yang menarik kapal terbang tersebut sebelum pesawat ini berlepas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 di Pusat Media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Menurut Khalid, berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima daripada agensi risikan luar negara dan pihak berkuasa dari negara berkaitan, mereka mengesahkan kesemua penumpang dalam pesawat itu mempunyai latar belakang yang bersih.

Namun, beliau berkata, masih terdapat negara yang belum menyerahkan lagi maklumat tersebut kepada pihak Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

“Antara negara yang telah memberi maklumat kepada polis ialah China dan India," katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata, berhubung dua penumpang Iran yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi, siasatan mendapati mereka tidak terlibat dengan sebarang kumpulan pengganas dan tidak mempunyai latar belakang negatif.

Katanya, siasatan lanjut kini lebih tertumpu kepada krew pesawat tersebut.
“Mengenai pemeriksaan di rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kami telah menjalankan siasatan di rumahnya dan mengambil peralatan simulasi dan yang berkaitan untuk disiasat oleh sepasukan pakar," katanya.

Tambahnya, polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga juruterbang tersebut dan siasatan mendapati dia dan juruterbang pembantu, Fariq Abdul Hamid, 27, tidak membuat permintaan kepada MAS untuk terbang bersama pada hari kejadian.

Mengulas dakwaan pihak polis telah menamatkan kerjasama dengan Organisasi Perisikan Antarabangsa (Interpol), beliau berkata, perkara itu tidak betul malah siasatan terhadap pesawat tersebut turut melibatkan beberapa agensi negara lain.


Sumber Dari : http://www.utusan.com.my