Monday, 19 May 2014

MH370: 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down',



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.


Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

"Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini.

"Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan," katanya lagi.

Dalam tulisan yang bertajuk 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down', Dr Mahathir berkata apa yang naik pasti akan turun.

"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau.

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam.

"Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

"Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,"katanya.

Tulisan Dr Mahanthir ini memberikan teori konspirasi baru terhadap misteri kehilangan penerbangan MH370 yang telah masuk hari ke 72 hari ini.

Friday, 11 April 2014

GEMPAR MH370: Isyarat Yang Dikesan Pesawat Orion BUKAN DARI KOTAK HITAM???


PERTH – Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
“Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.
“Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat “ping’, dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan ‘pinger’ ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
“Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan ‘pinger’ ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat,” kata Houston.
Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.
“AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.
“Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi,” katanya.
Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Sumber Dari: http://mynewshub.my/ 

Friday, 28 March 2014

MH370: CNN Cuba Sebar Berita Memburukkan Malaysia??


Seperti yang kita tahu, media antarabangsa terus-terusan menghentam kerajaan Malaysia dalam mengendalikan misi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysian Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Antara yang dilihat sering mengutuk serta menghentam ialah rangkaian berita antarabangsa CNN, yang gemar memainkan isu yang dilihat seperti memburuk-burukkan Malaysia.

Seakan mewakili suara rakyat Malaysia, mesej yang ditinggalkan oleh Lina Hassan kepada laman Facebook CNN, mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia di media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Antaranya Lina mempersoalkan CNN yang tersilap menaip nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Najib Rahman selain kesilapan meletakkan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di Indonesia.





Ternyata sebagai sebuah organisasi media yang ‘establish’, kesilapan kecil sebegini seharusnya tidak dilakukan oleh mereka.

Yelah, tahu mengkritik kerajaan Malaysia, tapi kesilapan kecil sebegini pun tidak dapat dielakkan.

Tak gitu?

Sumber Dari: http://www.siakapkeli.com

Wednesday, 26 March 2014

TERKINI MH370: 122 OBJEK DIKESAN AGENSI PERTAHANAN DAN ANGKASA AIRBUS (PERANCIS)

MH370: 122 objek baru dikesan oleh MRSA - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 objek dikenal pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) di kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MRSA telah menerima imej satelit baru itu dari Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis.

Katanya imej-imej yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 itu diambil pada 23 Mac, di mana Australia, China dan Perancis telah pun mengedarkannya.

"MRSA telah menganalisa imej-imej tersebut di kawasan lautan berukuran 400 kilometer persegi, dan telah kenal pasti 122 objek-objek berpotensi.

"Ada objek yang berukuran satu meter panjang... yang lain-lainya berukuran 23 meter. Ada juga objek yang kelihatan terang, yang berkemungkinan terdiri daripada bahan pejal," kata Hishammuddin pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

sat1
Imej 122 objek baru yang dikesan MRSA

Katanya penemuan terbaru MRSA itu telah diserahkan segera kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth, kelmarin (Selasa).

Jelas Hishammuddin, pihaknya masih tidak dapat memaklumkan sama ada objek-objek itu ada kaitan dengan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac itu.

sat2
Kawasan pencarian Australia, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

Walau bagaimanapun, katanya ini adalah penunjuk baru yang boleh membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan melibatkan 26 buah negara.

"Kami kini telah mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, iaitu dari Australia, China dan Perancis, yang menunjukkan serpihan pesawat.

"Ia penting bagi kami untuk mengaitkan serpihan dengan MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan carian, dan mencari lebih serpihan pesawat," kata Hishammuddin.

Sementara itu, dalam perkembangan operasi, Australia sedang mengetuai usaha pencarian di selatan Lautan Hindi di mana Malaysia masih terus memainkan peranan sebagai penyelaras operasi.

Kata Hishammuddin, semua negara sedang mempamerkan tahap kerjasama yang luar biasa dalam usaha ini.

Menurutnya, Australia telah membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat, di mana enam pesawat akan dikerahkan ke sektor Timur dan enam pesawat akan ke sektor Barat.

Di sektor Timur, operasi pencarian akan melibatkan sebuah P3 Orion milik Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah pesawat Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah lagi P3 Orion milik New Zealand.

Di sektor Barat pula, pesawat-pesawat yang terlibat ialah sebuah P8 Poseidon milik Amerika Syarikat, empat buah P3 Orion yang masing-masing milik Korea, Jepun dan Australia, dan sebuah pesawat awam.

Wednesday, 19 March 2014

MH370(20/3/14): Log Data Pada Simulator Dipadam Sebelum Ke Beijing-Ketua Polis Negara



SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan log data permainan pada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan sebelum penerbangan ke Beijing.

Khalid berkata beberapa pakar forensik dari Cyber Security, Malaysia Airlines (MAS) dan juga pakar dari luar negara sedang berusaha untuk mendapatkan semula log data yang telah padam itu.

"Apa yang dimaksudkan dengan telah dipadam ini adalah data log daripada permainanflight. Data ini telah dipadam pada 3 Februari lalu.

"Simulator ini yang kita ambil itu ada 3 permainan iaitu, Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan Flight Simulator X Light 10.

"Yang penting sekarang ini ahli keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang memberi kita kerjasama sepenuhnya. Kami tidak ada masalah untuk dapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini usaha mengesan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, di sini, pada Rabu.

Tambah Khalid, siasatan berkaitan simulator itu masih terus dijalankan oleh pakar forensik untuk mencari petunjuk kehilangan pesawat milik MAS itu.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Pada Selasa, akhbar Berita Harian melaporkan landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Selain lapangan terbang Diego Garcia, hasil siasatan yang diperolehi dari simulator itu juga menunjukkan adanya Lapatan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 19:25 (MYT)

Terkini MH370 (20/3/14): PENGANALISIS JENAYAH PERCAYA PESAWAT MENDARAT, BUKAN TERHEMPAS??



KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapal tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 08:04 (MYT)

MH370 SAVE: LAPORAN CTBTO BERI HARAPAN BARU KEPADA SEMUA??


KUALA LUMPUR: Laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO) yang berpengkalan di Austria memberi harapan baharu terhadap usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Akhbar The Star melaporkan, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

Setiausaha Kerja CTBTO, Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi.

"Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana penerbangan MH370 berada," katanya di laman web CTBTO.

Walaupun sistem itu disediakan untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya ke atas tanah atau di atas air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.

Sehingga kini, Malaysia telah menerima bantuan kemanusiaan dari 26 buah negara yang turut mengesan dan menjejaki pesawat terbabit di perairan negara masing-masing.

Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari pertama mencatatkan usaha pencarian terbesar dan paling lama dalam sejarah.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 19, 2014 13:52 (MYT)